Ikim Shop
Pakej ini mengandungi 3 buah buku:
Kit Ibadah Wanita merungkai kekeliruan yang sering dialami oleh wanita, khususnya berkaitan haid, bersuci, solat dan ibadah harian.
Perbincangan fiqah dalam buku ini disampaikan menggunakan bahasa yang mudah, jelas dan dekat dengan hati pembaca yang ingin memulakan langkah untuk memahami syariat Allah SWT.
Ahli Al-Quran Kah Aku? mengajak pembaca bermuhasabah tentang hubungan diri dengan al-Quran.
Sekiranya kita merasakan amalan menghafaz al-Quran itu susah, janganlah kita menyangka bahawa jalan ke syurga itu mudah. Kedudukan tertinggi di dalam syurga adalah untuk para penghafaz al-Quran.
Lihatlah ke dalam diri kita: adakah al-Quran memuliakan kita, atau sekadar menjadi ujian buat kita di dunia?
Al-Quran akan mengakui kita sebagai sahabat baiknya di akhirat sekiranya kita bersahabat baik dengannya di dunia.
Siraman Jiwa Al-Quran mengambil inspirasi daripada ayat-ayat al-Quran dan diolah dengan cara yang mudah difahami.
Buku ini membantu pembaca menerapkan pengajaran al-Quran secara praktikal sebagai panduan untuk menghadapi dan meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran.
Dapatkan Pakej Kit Ibadah Wanita sekarang sebagai panduan memperkukuh ibadah, mendekatkan diri kepada al-Quran dan menyuburkan jiwa.
| Price |
|---|
| SKU |
| Rating |
| Discount |
| Vendor |
| Weight |
| Short Description |